Thursday, December 27, 2007

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ


Best ni....... tak baca rugi.....

Nilai Sebuah Pekerjaan (read during your leisure time)

Peringatan untuk diri-sendiri, pasangan, rakan-rakan, saudara-saudara dan

adik-adik yg bakal mengharungi alam kerjaya (@ our future doctor) May Allah

be our Great CEO... tapi macam kena batang hidung sendiri dan kawan2 yg

sama waktu dgnnya



"Kenapa anda mahu jadi doktor?", saya melemparkan soalan ini, selepas

mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R.

Covey.

Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

"Sebab minat biologi?", saya bertanya.

Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.

"Sebab suka tolong orang?", saya terus bertanya.

Ramai yang mengangguk.



"Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat

ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh

muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah

ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon

terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma",

saya menyambung provokasi.

"Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor,

isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena

berdikari", saya terus mencucuk jarum.

"Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist

nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga

orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang

sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya", saya berkongsi

cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir

bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu

bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda

tidak akan diberikan 'kemudahan' untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti

bersalin, seandainya anda 'termengandung' semasa sedang membuat program

pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena

guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti

membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK

agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK

itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak

menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.

Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk

kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah

kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.

Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah

diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu

nanti.

"Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?", soalan yang sama saya ulang

sekali lagi.

Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua

soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang

perlu menjawabnya.

PERSOALAN NILAI

Kuliah kali ini adalah tentang nilai. APA NILAI YANG DIBAWA DALAM SEBUAH

PEKERJAAN? Dalam sebuah kehidupan.

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya,

kerjanya 'melayan suami', tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan

bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak

bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam

kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.

Hanya 'bibik' sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya

pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang

lelaki.

Seorang ibu membuat kerja rumah kerana Nilai Kasih Sayang. Seorang isteri

juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa

kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat

penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan

yang kita lakukan.

NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan

banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.

Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya

katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang

keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini,

adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya,

serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.

Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah

sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang

bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu

juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di

negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan

kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran

kita. Ia hebat, menggiurkan. .. tetapi output daripadanya merunsingkan

saya.

Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau

Kuala Lumpur .

Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan

Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang

ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes,

suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah

air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem'poligami' kan suaminya

dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak

dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita. Nauzubillah

Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari

pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu

apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah

rumahtangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?

NILAI - HARGA - KORBAN

Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi

harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi

mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga

yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumahtangga,

kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa... itulah harga yang mungkin

perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada

nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, 'mereka

adalah generasi yang kesunyian'.

Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh

menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu

memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya

iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri

mereka dengan tabiat "Begin With the End in Mind". Lihatlah apa yang

menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan,

jurutera dsb

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa

pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi

mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu

meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan

korban itu mungkin rumahtangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar,

mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh

tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada

kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

Penceraian tetap berlaku kepada suami isteri yang bertemu di rumah setiap hari

setelah pulang dari kerja...mengapa?...wang dan masa....

Setiap orang inginkan kejayaan dan kebahagian dalam hidup.

...di dunia dan akhirat...wang dan masa...kerjaya dan keluarga..

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak sahabat - sahabat, untuk menyemak

hubung kait bidang pekerjaan dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali

siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang

diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana

kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun

minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan

memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali

sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling

utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada

manusia, melalui pekerjaan atau perniagaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah 'CEO' kita. The unsung hero beroleh

quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak

menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas

perjalanan mencapai TUJUAN.


Jika kerja jadi ibadah, tiada siapa yang mengawal kita, dan kita berusaha dgn

bersungguh sungguh dan dgn penuh keyakinan akan bantuan Tuhan.


Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Teruskan cita-cita kalian menjalani kerjaya atau perniagaan masing-masing.

Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.

"Apakah pilihan yang saya ada?"

Kalau soalan ini muncul setelah membaca, syabas utk anda.

Pada mereka yang sudah berkeluarga, pilihan terletak pada suami isteri.

Cuba anda fikirkan, kalau anda sudah bekerja selama 10-20-30 tahun dan kehidupan masih

Serupa 10 tahun yang lalu,....bukankah tiba masanya utk kita ubah cara hidup kita kepada yang lebih baik...

Kita hidup hanya sekali, lakukan dgn betul, sekali sudah mencukupi.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

Monday, December 17, 2007


*Your life - your likes - you decide!!!*

A long time ago, there was an Emperor who told his horseman that if he
could ride on his horse and cover as much land area as he likes, then the Emperor would give him the area of land he has covered.

Sure enough, the horseman quickly jumped onto his horse and rode as fast as possible to cover as much land area as he could. He kept on riding and riding, whipping the horse to go as fast as possible. When he was hungry or tired, he did not stop because he wanted to cover as much area as possible.

Came to a point when he had covered a substantial area and he was exhausted and was dying. Then he asked himself, "Why did I push myself so hard to cover so much land area? Now I am dying and I only need a very small area to bury myself."

The above story is similar with the journey of our Life. We push very hard everyday to make more money, to gain power and recognition. We neglect our health , time with our family and to appreciate the surrounding beauty and the hobbies we love.

One day when we look back , we will realize that we don't really need that much, but then we cannot turn back time for what we have missed.

Life is not about making money, acquiring power or recognition . Life is definitely not about work! Work is only necessary to keep us living so as to enjoy the beauty and pleasures of life. Life is a balance of Work and Play , Family and Personal time . You have to decide how you want to balance your Life. Define your priorities, realize what you are able to compromise but always let some of your decisions be based on your instincts. Happiness is the meaning and the purpose of Life, the whole aim of human existence.

So, take it easy, do what you want to do and appreciate nature. Life is fragile, Life is short. Do not take Life for granted. Live a balanced lifestyle and enjoy Life!

Watch your thoughts ; they become words.

Watch your words ; they become actions.

Watch your actions ; they become habits.

Watch your habits; they become character .

Watch your character; it becomes your destiny

--

Smile in pleasure, smile in pain; Smile when trouble pours like rain; Smile when someone hurts U, Smile coz someone cares 4 U. Keep Smiling:)

Friday, December 07, 2007


Kenanglah Kebaikan Orang Lain
-----------------------------

Banyak orang keluar masuk dalam hidup kita.
Ada yang melintas dalam segmen singkat, namun membekas keras. Ada yang telah lama berjalan beiringan, tetapi tak disadari arti kehadirannya Ada pula yang begitu jauh di mata, sedangkan penampakannya melekat di hati.

Ada yang datang pergi begitu saja seolah tak pernah ada.
Semua orang yang pernah singgah dalam hidup kita bagaikan manik-manik pembentuk mosaik catatan sejarah. Gambaran itu sebenarnya telah terbentuk, hanya saja tak pernah selesai. Atau kita salah lihat, sehingga seringkali tak bisa dinikmati keindahan karyanya.

Ambillah waktu sejenak untuk mengenang mereka yang pernah hadir dalam hidup anda. Kenanglah seluruh kebaikan mereka serta kebaikan yang mungkin tersembunyi di balik tabir kekecewaan. Mereka adalah orangtua dan guru, sanak dan kerabat, teman serta sahabat. Juga tiada salahnya mengenang mereka yang pernah anda anggap musuh dan pengkhianat. Atau yang tak pernah anda tahu nama dan wajahnya. Bagaimana pun mereka telah turut memahat pribadi anda; menyapukan tinta pada lukisan hidup anda; menyiangi tanaman jiwa anda.

Lihat lah orang lain seperti mana kita mahu orang lain pandang kita secara hormat dan jujur. Melihat orang dengan pandangan buruk sangka adalah tabiat buruk diri kita sendiri. Sucikan hati dan bersikap lapang dada dengan orang bukan tanda kelemahan tapi kekuantan yang tidak ramai mampu melakukan nya.

Kenanglah dalam genangan cinta yang tak bertepi. Hanya dalam tatapan cintalah anda bisa memandang indahnya kehidupan ini. Karena tiada secuilpun
hidup yang perlu disesali, maka hanya cinta dan kasih sayanglah jawabanny